NILAI MASYARAKAT
TAJUK: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KUMPULAN 2:
TILAGA A/P MURUGAN(02DKA19F1170)
YUVALASHINI GUNASEKARAN(02DKA19F1150)
DANESHA RAMA RAW(02DGU19F1079)
WONG SEI PING(02DSB19F1004)
CINDY AMYZAAKEM(02DSB19F1069)
NAMA PENSYARAH:ENCIK
MOHD HAFEEZ BIN MOHD RAMLI
PENGENALAN:
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembangaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan,sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang di-Pertua negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.Kesetiaan kepada Raja dan Negara terangkum dalam prinsip rukun negara yang kedua.Prinsip kesetiaan kepada Raja dan Negara amat penting diamalkan bagi melahirkan rakyat yang taat setia kepada pemerintah dan negara.Di negara kita yang berdaulat ini,Raja adalah pemerintah tertingg,kaitan kedua-duanya amat rapat sekali.
RAJA-RAJA DI MALAYSIA:
Raja- raja melayu wujud dalam sejarah, perlembagaan dan institusi bagi kerajaan Melayu di Nusantara. Salah satunya ialah Malaysia, yang merupakan sebuah negara berdaulat kerana mempunyai raja dan mengekalkan institusi raja. Malaysia mempunyai 10 orang raja. Setiap Raja-raja Melayu tersebut mempunyai peranan tersendiri di negeri taklukan baginda. Mereka berkuasa ke atas institusi agama di negeri mereka. Setiap 10 orang raja, 1 orang raja dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Senarai Pemerintah Negeri di Malaysia
Negeri | Nama & Gelaran | Mula di atas takhta | |
---|---|---|---|
![]() | Yang di-Pertuan Agong | KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah | 31 Januari 2019 |
Terengganu | Sultan | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah | 15 Mei 1998 |
Perlis | Raja | Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail | 17 April 2000 |
Selangor | Sultan | Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj | 22 November 2001 |
Negeri Sembilan | Yang di-Pertuan Besar | Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir | 29 Disember 2008 |
Johor | Sultan | Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar | 23 Januari 2010 |
Kelantan | Sultan | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V | 18 Oktober 2010 |
Perak | Sultan | Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah | 29 Mei 2014 |
Kedah | Sultan | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah | 12 September 2017 |
Pahang | Sultan | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah | 15 Januari 2019 |
Pulau Pinang | Yang di-Pertua Negeri | Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas | 1 Mei 2001 |
Melaka | Yang di-Pertua Negeri | Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Bin Yaakob | 4 Jun 2004 |
Sabah | Yang di-Pertua Negeri | Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin | 1 Januari 2011 |
Sarawak | Yang di-Pertua Negeri | Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud | 1 Mac 2014 |
Raja-raja Melayu kini merupakan raja berpelembagaan tidak seperti dahulu, Raja-raja Melayu menjadi tunggak kerajaan monarki mutlak. Setiap raja-raja melayu dilindungi oleh perlembagaan. Setiap daripada mereka berkuasa ke atas negeri taklukannya. Mereka menjadi ketua agama bagi setiap negeri dan berkuasa ke atas kerajaan negeri. Senarai Raja-raja Melayu adalah:
- Kerajaan Melayu Lama
- Kerajaan Melayu Baru
- Terengganu (Abad ke 18)
- Kelantan (Abad ke 18)
- Selangor (Abad ke 18)
- Negeri Sembilan (Abad ke 18)
- Perlis (Abad ke 19)
KUASA- KUASA RAJA :
- Memilih Yang di-Pertuan Agong atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya, atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
- Memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan.
- Memperkenakan atau tidak memperkenakan apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja.
- Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluas ke Persekutuan secara menyeluruh.
- Pelantikan anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan.
- Memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
PERBUATAN YANG MENUNJUKKAN TIDAK MENGHORMATI RAJA :
Tindakan segelintir individu menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta' in Billah dengan apa cara dan di mana sekali pun dilakukan, ialah perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.Ini pendapat umum rakyat yang mengaku mereka warga Malaysia, mewakili semua kaum, pandangan politik dan agama.Jika soalan 'bersetuju', 'tidak bersetuju', atau 'berkecuali' diajukan kepada rakyat mengenai perbuatan menghina Raja, kita yakin hampir seluruh rakyat yang akan mengatakan 'tidak bersetuju'.Setiap rakyat diberi hak untuk memilih pegangan politik masing-masing, tetapi tidak bermakna mereka boleh melakukan apa sahaja yang boleh ditakrif melanggar perunrukkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.
Di negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen yang terbukti mengizinkan pertukaran kerajaan mengikut lunas undang-undang, tiada sebab timbul tindakan mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong.Yang di-Pertuan Agong adalah pemimpin tertinggi negara yang akhirnya memberi keizinan kepada penibihan sesebuah kerajaan yang sah. Kerajaan atau pembangkang, dulu atau sekarang, tertakluk kepada Perlembagaan yang sewajarnya menghirmati sistem Raja Berperlembaggan.Oleh itu, tiada sebab rakyat atau sesiapa sahaja, walaupun mewakili pandangan politik apa sekali pun, mempunyai pandangan politik atau mempertikaikan kedaulatan sistem pemerintahan di negara ini, sila angkat kaki.
JEJAS KETENTERAMAN NEGARA
Apa pun, dalam sistem yang memberi kebebasan kepada rakyat, mungkin ada segelintir mengambil sikap bercanggah dengan pandangan umum. Cuma, tindakan mereka perlulah dibuat secara berhemah kerana setiap perbuatan yang boleh menjejaskan ketenteraman negara diawasi oleh undang-undang tertentu.Walaupun sekadar memberi pendapat di media sosial, ia akan mendedahkan diri mereka kepada pelbagai reaksi yang boleh membawa padah.Jika menghina sesama rakyat pun termaktub dalam undang-undang negara, inikan pula penghinaan terhadap pemimpim dan ketua agama islam di negara ini.Dalam Perlembagaan Persekutuan, kedudukan raja-raja tidak boleh disoalkan. Reaksi rakyat melalui media arus perdana jelas menunjukkan merka mahu tindakan diambil terhadap individu kurang ajar yang tidak hormat kepada institusi raja.
Bagi rakyat kebanyakan yang berada di dalam atau luar negara, tindaka menghina Yang di-Pertuan Agong jelas satu fitnah dan bertujuan menghasut. Definisi fitnah mengikut undang-undangadalah jelas kerana secara umumnya, itu tuduhan yang dilemparkan kepada seseorang atau orang yang dituduh.Fitnah ialah tuduhan yang cenderung untuk merendahkan reputasi seseorang dalam pandangan orang yang munasabah (masyarakat biasa) atau berkecenderungan menyebabkan orang yang dituduh itu dijauhi, dibenci, dihina atau dipandang rendah.Apakah tujuan sebenar individu berkenaan? Persoalan ini akan terjawab setelah mengetahui latar belakang individu berkenaan, kaum, agama, pendidikan, pekerjaan, fahaman politik dan sebagainya.
KECENDERUNGAN MENGHASUT
Antara lain, kecenderungan menghasut dirumuskan sebagai tindakan boleh menimbulkan kebencian atau menyemarakkan ketidakpuasan hati terhadap raja atau kerajaan. Ia juga bermotif menimbulkan keraguan terhadap pentadbiran sistem keadilan, meningkatkan rasa tidak puas hati, kegelisahan dan tidak senang hati rakyat.Melihat definisi fitnah dan hasutan, menunjukkan bahawa individu yang boleh disifatkan 'berani buat , berani tanggung'ini, tidak boleh lari daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab itu.tindakan individu ini tidak memerlukan simpati mana-mana pihak.
contoh gambar :
CARA MELAHIRKAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA :
- Berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat.
- Sentiasa mengambil berat tentang pentadbiran dan pembangunan negara.
- Mengelakkan dirinya daripada kegiatan dadah yang dapat mencemarkan maruah negara.
- Menghormati dan menyanjung tinggi golongan pemerintahan dan pemimpin negara.
- Menyambut ketibaan pemimpin negara dengan meriah.
contoh gambar :
KESIMPULAN :
Konklusinya, setiap individu perlu melaksanakan tanggungjawab yang penting terhadap diri, keluarga, masyarakt, dan negara untuk menjamin kebahagian dalam kehidupan.Seandainya kita mengabaikan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat, dan negara maka akan timbul pelbagai masalah sosial yang boleh menggugat ketenteraman masyarakat seluruhnya di samping wujud penyesalan dalam diri sendiri.Tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan berkesan berlandaskan nilaimurni dan etika di bawah garis panduan yang ditetapkan oleh agama, budaya serta negara.Tanggungjawab juga hendaklah selaras dengan aspirasi untuk mewujudkan sebuah keluarga, masyarakat dan negara yang bermoral sepenuhnya supaya segala matlamat dapat dicapai.Kita mestilah sentiasa berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan hidup dalam keadaan aman, harmoni dan sejahtera.

Comments
Post a Comment